Thursday, July 17, 2008

hanya ingin berkata-kata buat senyuman.

lei,
kepadamu inginku katakan,

janganlah dibiarkan peluang ini melayang lagi,
janganlah dimusnahkan lagi peluang ini,
kerana ini bukannya peluang yang kedua,
malah sudah lebih daripada tiga.

beliau amat menghargai kehadiranmu dalam hidupnya,
itu jelas boleh dinampak dan dirasai,
beliau menghargai ingatanmu kepadanya,
itu jelas boleh dirasai.

kekadang,
beliau berbuat bagai tidak peduli,
tetapi kamu tahu itu bukan intensi benar beliau,
janganlah biarkan itu memutus harapanmu,
kerana apabila minda beliau lapang,
akan beliau teringat padamu.

beliau mempunyai senyuman yang mahal,
senyuman yang beribu makna,
senyuman manisnya, senyuman sindirnya, senyuman penghargaannya, senyuman ikhlasnya,...,
dan,
walaupun kekadang di depanmu beliau tidak memberi apa senyuman,
boleh dinampak matanya berkilau dan bersinar,
bagaikan beliau tersenyum dengan matanya,
kerana beliau ada dapat menatap wajahmu.

kepadamu inginku ucapankan,

sebanyak-banyak ungkapan kata-kata yang baik,
semoga berbanyak-banyak hari akan dipenuhi dengan baraan api kebahagiaan.

ezen,
inginku beritahu bahawa,

kebahagiaan ini bukan sentiasa boleh dimiliki,
ada hari yang ada,
ada hari yang tiada,
ada hari yang baraanya terlalu panas sudah,
ada hari yang kesunyiannya menjadi terlalu sepi.

biarlah banyak-banyak kesabaran,
biarlah banyak-banyak berfikiran positif,
janganlah diputuskan azammu itu,
biarlah ia sentiasa membara dalam dirimu.

yang sudah berlalu,
simpan yang baik,
buang yang buruk.
jangan sesekali meragui yang baik,
jangan sesekali merindui yang buruk.

dan untuk yang sekarang,
rajin-rajin mereka kenangan yang indah,
walaupun tidak sebaik mana,
atau tidak sebaik yang dahulu,
bersyukur dengan apa yang ada.

bersenyumlah pada hari yang maha bahagia,
tetapi jangan pula dihilangkan senyum pada hari-hari yang lain,
kerana kenangan kebahagiaan harus sentiasa berterusan.
dengan ini,
saya berharap supaya kamu diberkati dengan idea-idea untuk menghasilkan pelbagai kek dan biskut yang lazat buatnya.


amatku merasa berbahagia juga kerana berpeluang berkongsi semua ini dengan kamu berdua.

No comments: