Thursday, July 29, 2010

ubat pilu.

inilah saat yang saya amat memerlukan untuk menulis blog. selama selepas semboyan berbunyi, tidak pernah lagi saya merasa sebegini. penulisan blog seakan mengubati hati yang serba pilu. hanya malam itu, terasanya perasaan pilu dan sedih.

ajal semakin tiba buat saya. walaupun masih lagi ada beberapa hari di depan mata, tapi sudah tentu, hari-hari yang akan mendatang, pasti berlalu dengan sekelip mata, tanpa bunyi, tanpa suara.

setiap kali bila menjelang hari-hari terakhir, setiap kali saya mengeluh tanpa habis-habisan. tapi siapa yang sebenarnya mendengar keluhan ini? sendiri ajalah. siapa yang benar-benar memahami perasaan gelap ini? ah, susah hendak diluahkan, apatah lagi untuk dikongsi.

bilakah akan saya sedari dan bilakah akan dapat saya menyesuaikan diri dengan realiti ini? perlukah saya melalui kepiluan ini setiap kali berpisah? rindu yang terpendam dalam hati susah untuk dibuang.

biarkanlah. tidak terdaya walaupun apa.