Tuesday, August 5, 2008

harapan.

ada sesetengah orang yang hidup penuh dengan harapan. tetapi adakah harapan ini baik jika kita terlebih harap? dan ia pasti tidak baik jika kita hidup tanpa adanya harapan. kerana dengan adanya harapan, adalah realitinya.

dengan adanya harapan, kita mampu melakukannya...
dengan adanya harapan, harapan itu bagaikan mampu terjadi...

apabila sesuatu harapan terjadi, perasaannya teramatlah indah.
apabila sesuatu harapan terjadi, ia bagaikan semua kekecewaan lalu terpadam.

tetapi, apabila adanya harapan, dan harapan itu tidak bisa terjadi, ia bagaikan hati kita diguris, dicalar dengan dalam sekali. apabila kita terlebih berharap, kekecewaan itu berganda kali memeritkan hati.

saya sentiasa memastikan diriku ini tidak terjatuh dalam parangkap - 'terlebih berharap' yang akan mengakibatkan kekecewaan. saya sentiasa berkata kepada diriku untuk berhenti berharap kerana hidup diriku ini tidak layak untuk memiliki sebarang kebahagiaan. ya, kebahgiaan. tanpa adanya harapan ini, barulah akan ku dapat hidup tanpa terlukanya hati..dengan kurang sengsara.


harapan ini boleh membunuh. ada masa bila kita sudah berputus semua harapan, harapan itu muncul di depan mukamu. ada masa kita tidak pernah berhenti berharap, tetapi harapan itu tidak ingin memunculkan diri sama sekali.

tetapi itu semua sudah menjadi sejarah.
harapan saya wujud dalam bentuk yang berbeza sekarang.

aku tak percaya lagi pada apa yang kau beri aku terdampar di sini tersurut menunggu mati aku tak percaya lagi akan guna matahari yang dulu mampu terangi sudut gelap hati ini aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai suatu saat tiada cintaku dapat kenapa ada derita? bilabahagia tercipta? bila ada sang hitam? bila putih menyenangkan? aku pulang tanpa dendam ku terima kekalahanku aku pulang tanpa dendam ku salutkan kemenanganmu kau ajarkan aku bahagia kau ajarkan aku derita kau tunjukkan aku bahagia kau tunjukkan aku derita kau berikan aku bahagia kau berikan aku derita
aku berhenti berharap sampai dan menunggu datang gelap sampai suatu saat tiada cinta ku dapat.
berhenti berharap, sheila on 7

di atas itu satu lagu yang amat sesuai buat harapan.

No comments: