Tuesday, June 24, 2008

cupacake sempurna tm.

kebahagiaan ini adalah satu kurniaan yang paling indah dan istimewa.

kebahagiaan ini bukan sekadar berasa gembira.

kebahagiaan yang dimaksudkan ini adalah satu perjalanan perasaan yang amat unik dan berbeza.

kepada kebanyakan orang, saya pasti, kebahagiaan ini bukan seperti yang dilalui oleh saya dan setahu saya, dua orang lagi iaitu kawanku yang memahami keistimewaan ini.

kebahagiaan dalam konteks kami penuh dengan emosi yang pelbagai;
..ada masa yang amat mensukacitakan hati, ada masa yang amat mendukacitakan,
..ada masa kami tidak pasti apa emosi yang sedang dilalui diri kami.
..tetapi itulah keunikannya.
..kerana jika tiada yang buruk, yang baik tidak akan dihargai, bukan?

Apabila kebahagiaan mendampingi diri kami, perasaan itu sememangnya tidak dapat dikatakan.

Apabila kebahagiaan ini memulaukan dirinya daripada kami untuk seketika, ia bagaikan sudah selamanya.

Apabila kebahagiaan ini melukakan hati, keperitan itu amatlah menajam, menikam ke dalam sanubari.
(walaupun saya tidak pernah mengalaminya, tetapi pemerhatianku terhadap kawanku sudah amat memadai.)


kebahagiaan ini, tidak mementingkan diri,
tidak mengira perbezaan,
tidak mengenal waktu dan jarak,
mengajar kami akan kesyukuran.
kebahagiaan ini diumpamakan dengan baraan api;
..ia memerlukan kesabaran dan keyakinan untuk menghidupkan api.
..sebaik saja api sudah dihidupkan,diberikan kayu supaya baraan api itu sentiasa ada.
..semakin banyak kayu, semakin besar baraan api.

kebahagiaan tidak mencari diri kami, ia hanya menunggu kami untuk menemuinya,
dan
kebahagiaan hany a menjadi milik mereka yang mempercayai akan kehadirannya
dan
walau betapa sengsaranya ia untuk menemui kebahagiaan ini, namun setiap rintangannya amatlah berbaloi.

kebahagiaan ini sungguh sempurna.
-------> hasillah, cupacakes sempurna tm.


tidak mengenal nestapa, tidak berdusta, hanya tulusnya hati, hanya indah hanya bahagia untuk selamanya.
-ketulusan hati, anuar zain.

2 comments:

Lei said...

cupcakes sememangnya sempurna.namun,agaknya tiada apa yang mampu saya lakukan untuk membuatnya rasa gembira.

sehingga kini,masih tiada perubahan.mungkin ini semua telah ditakdirkan.

tapi semoga cupcakes membuat dirimu merasa kebahagiaan yang kita semua ingini,wahai kawanku.

Anonymous said...

cupacake sempurna menuju kebahagiaan!