Thursday, October 1, 2009

a sudden urge to rhyme.

Pelangi cantik berwarna-warni,
di belakangi langit dan awan berkelihatan mati.
walau di luar semuanya nampak berseri,
tapi pandangan matamu ternyata ada perit di hati.


siapa saya untuk menasihati,
apakah daya saya untuk mengubati?
yang pasti,
saya akan sentiasa berada di sisi.


Dalam berjuta-juta kata,
hanya akan saya bertuturkan bahagia.

hati tidak pernah terlupa,
kepada beliau yang membawa citra.

tangan yang memegang bunga matahari,
mungkin tidak akan abadi,
ingatannya mungkin setakat begini,
tetapi saya bersyukur dengan segala yang pernah saya miliki.

kesempurnaan yang hadir tanpa disedari,
terduduknya di atas kerusi,
hari demi hari,
menjadi lain erti.

Lautan bergelora nun biru,
destinasi kini menjadi bisu,
terjauh pandangan bertukar rindu,
fikiran sentiasa bercelaru.

Tidak terbaca situasi selepas bertahun-tahun,
moga masih wujud walaupun sudah berkurun-kurun.

Ini anugerah teristimewa,
dengan ia saya dilemas bahagia.

xx

4 comments:

Thila said...

Celaka. Long time didn't use BM for poems dah berkarat. Susah pulak nak reply. Arggh!

Ezen said...

ini amat bermakna.
kebahagiaan adalah anugerah paling istimewa.
dan kebahagian juga adalah yang membuat hidup bermakna.

Thila said...

Ok dah ada reply untuk syair kat blog saya.

Fauzan said...

i like this!!!