Thursday, September 24, 2009

mungkinhariinikubukansaya

kekadang hidup penuh susah, saya hendak melepaskannya. ada masa ia begitu cantik, saya menggenggamnya dengan ketat sekali. hari mungkin tidak harus sentiasa cerah, kerana kelamaan, cerah tidak menjadi makna lagi, oleh itu, kegelapan harus diterima juga. seringkali, tiada kata yang mampu memperbaiki satu-satu kesakitan, satu-satu kesedihan, satu-satu kehilangan, hanya simpati bersama bahu dan telinga menjadi resipi yang paling sesuai. mencuba untuk memahami, untuk bertoleransi. saya amat berpuas hati, berkontensi dan bersyukur dengan segalanya yang saya sudah miliki, yang sudah saya mampu miliki. walaupun sedikit tetapi tetap ada, tetap wujud. semua yang saya lalui ini tidak ternilai keistimewaannya. peluang yang saya telah dikurniakan akan tetap dihargai sampai ke hujung hayat. kalau semua ini mampu berlangsung untuk selama-lamanya, akan saya sentiasa di situ untuk merasanya, tanpa ada ragu. tetapi kalau semua ini akan berhenti, saya juga tetap akan menerimanya dengan hati berbunga matahari. kerana semua benda tidak ada abadi. walaupun rindu sentiasa datan bersama derita. tetapi derita bersama rindu memberi peluang kita memberi kasih dan menerima sayang. hidup tidak boleh walau bagaimanapun menjadi sempurna di atas kemahuan kita. tetapi itulah cubaan yang kita perlu tempuhi. umpama kalau tiada malam, tiada akan ada pagi. waktu tidak dapat dipatah balik, jadi, jangan sesekali menyesali langkah kita. menghargai setiap saat yang ada. setiap kata yang boleh ditutur kepadanya. tarikh luput masing-masing adalah tidak berbau.

No comments: