Thursday, October 8, 2009

uncensored and uncut, uneditted.


suatu hari di kelas 5Sc1, dalam tahun 2007.

hari yang cerah. sudah kian mendekati loceng tamat sekolah. guru-guru sibuk dengan agenda sendiri - mesyuarat dan mesyuarat lagi. anak-anak murid tidak terduduk diam, di mana ada kerusi, di situ tiada punggung. dan kelas hari ini kehilangan seorang yang penting...

semua ini membawa kepada hasil contengan di papan putih. berikut adalah apa yang tercatat:

xxx
Dialog hari ini...

orange: eh, kenapa masubing tiada di kelas hari ini?

blue: kawan karib saya masih x putus asa untuk lulus dalam lesen tu. tapi saya masih ragu2.

orange: awak ada mendoakan kejayaannya dalam mencipta rekod 4 kali fail tak?

red: saya x seburuk orange. saya berdoa agar dia lulus juga suatu hari nanti. agaknya, berapa % kegagalan pada kali ini?

orange: maths saya memang tak baik tapi dengan maths-yg-bodoh brains, saya dapat calculate yg % kegagalan > % kelulusan. btw, red, ya la, awak doa kat tuhan apa? tiada tuhan yang boleh menolongnya. dan tiada tuhan yang boleh mengampun kebodohan memandunya.

blue: saya setuju dengan orange. saya bangga dengan pencapaian kegagalannya setakat ini, tapi saya yakin dia akan gagal lagi. jadi saya lebih bangga. red doakan apa?

red: saya doakan supaya esok masubing datang ke sekolah dengan senyuman.

green: teruknya. tapi saya suka dan saya rasa punca kegagalan masubing kerana dia suka sambil TB sambil pandu kereta.

orange: haha...anda pembaca semua tahu apa itu TB? kalau tak tahu tidak mengapa. tetapi salah satu faktor besarnya, masubing suka akan tabiat itu...jadi blue, anda sebagai kawan karibnya tolonglah masubing buang tabiat TBnya yang buruk itu.

blue: ala, orange. biarkanlah dia dengan tabiat TBnya itu. saya tak mahu mengubah dirinya yang sebenar.

orange: tukar bagi kebaikannya. untuk pass ujian memandu je. selepas itu, biarkanlah dia TB. saya suka bila dia TB, saya akan dapat tengok dan gelak.

xxx
copyright reserved.

segalanya yang telah dikonversi telah disokong oleh para rakan, dengan kehadiran tanda-tanda tangan yang ternampak di gambar.

kejadian itu juga telah mengambil tempat 56 hari sebelum percubaan SPM '07. jadi bolehlah anda sekalian membayangkan keriuh-rendahan yang mampu berlaku.

sehabis itu, muncullah si dia yang hilang dari kelas. kami memandang antara satu sama lain, diam, terpegun menanti berita dari si dia. sementara si penakut sedang sibuk memadam papan. diam di luar, tetapi saya tahu, dalam lubuk hati setiap orang di kelas ada terfikir tentang catatan di atas papan tadi..

dan beritanya........................................................................

2 comments:

mizen said...

haha !! omg !! that was really funny..

eejane said...

so funny, i peed my underwear.